Pages

Wednesday, 21 August 2013

How You Word Your Wordings

Heh...heh...terbelit-belit lidah...

Zaman ini ramai orang yang menulis di pelbagai media terutama dalam laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Blog dan lain-lain lagi.

Ramai juga yang menulis tanpa ada rasa tanggungjawab. Sesedap sesuka hati.

Ramai juga yang menulis dalam nada what I call as 'Negative Positive'

Negative Positive dalam erti kata lain. Isu asalnya positif tetapi ayat atau gaya penyampaian dan pendekatannya negatif.

Atau pun

Isunya positif tetapi apa yang lebih ditekankan bukan lebih kepada isu yang positif seperti kebaikkan kelebihan nya

Tetapi

Lebih mengetengahkan apa yang disebaliknya keburukan yang negatif

Ha..ha.. ada faham?

Bukan apa....kita manusia yang lemah takut-takut niat yang murni itu bertukar pula kepada sesuatu yang menyinggung hati orang lain. Tak pasal-pasal pulak kurang pahala.

Atau pun

Secara tidak langsung menimbulkan perasaan RIAK atau perasaan Kita Lebih Baik

Kalau macam tu...

Lebih baik kita berdiam terutama bagi orang-orang yang lemah (macam diri sendiri ni ha...)

Kesimpulannya...

Tak berani nak tulis lebih lebih berkenaan isu semasa.

Tak TULIS tidak bermakna kita tak ambik KISAH

No comments: