This year the boys masing-masing ada sepasang baju cekak musang. Selalu tu mak jahitkan baju teluk belanga so save lah duit tempahan but this year we decided to tempah baju melayu di pknss. Alhamdulillah cantik jahitannya.
Baju raya the 2 girls and me masih diJB sebab my mom yang jahit. So masih belum sempat mencuba. Malam raya lah baru boleh cuba. The 2 girls ada 2 pasang baju kurung. 1 purple bunga kecik-kecik and 1 pink kain cotton. Mamanya pulak ada 3 pasang sebab cum baju kerja kan..kan.. 1 purple sama dengan the girls, 1 batik abstract bermacam warna dan 1 cotton bunga pink tanah hitam. Mamanya pun telah bershopping tudung masa balik KB hari tu. Plan nak ke kedai tudung di TTDI nampaknya tidak berkesampaian. InsyaAllahlah lepas raya kalau ada belen duit bonus 1/2 bulan tu. Kasut raya dan handbag raya pun ada untuk mamanya. Semua yang berkenan dihati tetapi tetap ringan dipoket.
* Kita perasan now ni kita banyak pilih yang kita suka dan yang lagi murah lagi bagus.
Untuk menjamu mata jenguklah www.ronastore.sosblog.com/
Untuk Mr kita belikan sehelai kemeja raya itu pun sebab sempat pegi shopping sendirian hari tu. Kalau dengan dia asyik kena reject aje. This year Mr pun ada spec raya gitu...
Selain dari baju kurung anak-anak adalah baju lain. For the girls mamanya bershopping sakan masa baju-baju 'secret garden' ada less 70% hari tu. Senyum memanjang bila dapat membeli 5 helai gaun panjang dengan harga seratus seringgit dan beberapa sen. Ada pulak voucher parks0n seratus ringgit dalam beg tangan yang di redeem dari point credit card. Amat gembira...alhamdulillah.
InsyaAllah tahun ni beraya di selatan tanah air. Cadangnya bergerak balik selasa pagi selepas menyelesaikan kerja-kerja dirumah dan akan kembali ke tigatiga pada pagi ahad.
Untuk tahun ni ada plan nak buat biskut raya sendiri tapi so far baru buat kuih layang-layang (kulit popia tu je) kalau rajin insyaAllah nak ajak anak-anak buat chocolate chips (terliur setelah membaca entry el1sa)dan kalau rajin lagi resepi crystal ball memang dah ada dalam simpanan. Yang ditempah pun memang ada tapi itu lebih kepada yang nak dibawa balik ke rumah mak. Oleh kerana kita ni the only daughter maka selalunya kitalah yang beli biskut untuk mak. Bila di rumah mak ni (mak anak ke 4 dari 11 adik beradik), sebalang tu sekejap saja habis so melalui pengalaman yang lepas setakat 5 balang tu memang la cukup untuk seminggu saja. Kek pun ada kita tempah tapi mak oiii harga kek naik banyak tahun ni so ingat nak le buat sejenis kek maybe on monday nanti.
Ada rezeki lebih skit tahun ni so duit raya tukar lebih lah sikit. Tahun ni kena transfer bab tukar duit ke Mr sebab ofis kita takde bank dan ofis baru dia pulak ada bank di tingkat bawah. As for today duit baru takde so esok baru boleh tukar. Kita dah kata kat Mr mintakkkk lah tolong setiausaha dia tu. Mr tu bukannya lah banyak free time sebab tu selama ni kita yang urus semuanya. Tahun di tak dapat lah nak menolongnya.
Tahun ni balik raya kita berniat nak melawat sedara mara yang merata di selatan tanah air ni. Sesekali balik mana lah sempat nak ziarah ke rumah. Ini lah masanya.
Kita sebenarnya sedih mengingatkan mak mertua di kampung kerana tahun ni ramai yang tak pulang ke sana. nak buat macamana kita pun adik beradik 2 orang sahaja. Tahun lepas dah tak balik beraya tahun ni kenalah balik rumah keluarga kita pulak. Alhamdulillah lah dah balik kb sebelum puasa hari tu dan insyaAllah akan balik untuk hari raya korban. Lepas ni kena terus book tiket sebab cadangnya nak naik train hala pergi dan naik flight hala balik. Dah ada tiara tu di sana so tak susah nak berjalan. Adventure lah sikit untuk anak-anak. Anak-anak pun dah besar.
Sebelum terlupa
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada anda semua di Malaysia atau pun diluar Malaysia.
Sekiranya ada entry atau comment yang menyentuh hati harap dimaafkan. Semoga ibadah kita di bulan Ramadhan diterima dan diberkati Allah.
Berjumpa lagi selepas raya...tata..

7 comments:
selamat hari raya bf. erk.. i don't have baju raya lagi jugak!
SALAM AIDIL FITRI BF..MOHON MAAF ZAHIR BATIN! ENJOY YOU RAYA!!
raya kat Jb nanti datanglah kerumah mak maklang...maklang memang beraya di sana,,,Taman Sri Tebrau jer...
selamat hari raya maaf zahir batin...
tadi lompat dari blog oo
wah bf..raya sakan! lengkap from head to toe :)
selamat hari raya n maaf zahir batin to u too.
mosh: Ala cian mosh....
onde2: Selamat beraya di Kelantan.
Maklang: Oooo Taman Sri Tebrau dah dekat tuuu
Zan: Ahaks..raya sakan ek. Tapi kita takde baju kebaya lip lap lip lap macam awak tau. Klu pegi Sbg Parade tu mak aiii besabar je lah. Banyak yg menarik.
Semuanya beli on at least 50% disc tau. Budgetnya sama je.
Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin dari famyFamily :)
Eid mubarak!!!!
ehem gambar maknya mana?
Post a Comment