
Alhamdulillah 3 doa yang tak pernah dia tinggal
1. Doa sebelum dan selepas makan. Kalau dah habis lepas tu sambung lagi dia akan baca semula.
2. Doa tidur. Tak kira di mana-mana termasuk dalam kapal terbang pun tak lupa baca. Malam tadi 5 kali baca sebab lepas dia baca dia cakap so dia baca semula.
3. Doa masuk dan keluar tandas. Walaupun dah tak tahan atau mata tak boleh nak buka dengan merengek-rengek di pagi hari. Tetap angkat tangan baca doa.
Syukur alhamdulillah. Itulah orang kata senang nak lekat good habit kalau mula dari kecik ni. Mama & ayah pun segan dengan dia
Alhamdulillah jugak pagi tadi perjumpaan dengan guru kelas dia Pn. Ruzita. Siap folder terpilih untuk jadi bahan showcase lagi tu. At the end of the year kalau parents nak simpan, dapat photostate aje lah gitu. Kan dia tak ada exam cuma ada penilaian KSSR yang mengikut Band tertentu.
Yang bestnya malam tadi, saja mengusik dia....
Mama: "Apalah agaknya Pn Ruzita cakap pasal Hannah esok ya."
Hannah diam je
Mama: "Hannah nakal tak dalam kelas?"
Hannah: "Sikit je. Tapi masa cikgu ada Hannah baik."
Mama:"Ooooo macam tu ya. Kalau gitu esok kalau Pn Ruzita cakap Hannah baik, mama nak cakaplah..Ooooo...cikgu tak tahu kalau cikgu tak ada dia kata dia nakal sikit."
Dari Mama & Ayah untuk Hannah - Keep up the good work!

1 comment:
Syukur alhamdulillah ... insyaallah akan terus menjadi anak yang solehah. Anak adalah cermin ibubapa.
Post a Comment