Pages

Thursday, 8 October 2009

Apa Itu Baju?

Firstly,

I don't really put too much effort and budget on my clothes. Sebabnya as simple as manalah ada budget lebih untuk baju ni. Gaji kita ciput aje. But at the same time, since emak kita tukang jahit, kita memang tak pernah tak berbaju raya. Kita pun the only daughter so walau pun dari family yang sederhana, kita memang agak tak pernah kurang bab baju, kasut etc. Rasanya lebih mewah masa belajar dulu (mak kita belikan) daripada sekarang heh...heh...

Sekarang ni pulak pening kepala sebab kena uruskan bab pakaian 3 orang anak dan encik muaz sekali. Fuh....balik2 baju the girls. Tak habis2. Kena pulak Sarah cepat sungguh meninggi. Setiap 3 bulan kena revamp wardrobe dia. Pening...

Sejak dua menjak ni, kita kena put more effort on clothes. Kenalah pandai kan, tak semestinya mahal tapi cukuplah dengan presentable. Kena dengan venue and majlis yang dihadiri. Kena lah tengok, siapa yang dijemput. Agak2 lah. So this year, untuk menyenangkan hidup kita beli batik and buat baju kurung. Batik ni, selain buat pakai pergi kerja on Thursday is also presentable nak ke majlis2 seperti kenduri kahwin, dinner etc. Untuk menaikkan seri kurung batik, kita hantar jahit sulam tebuk nun jauh di Tanah Merah sana. Murah you, sulam tebuk 5 inci dengan upah jahit baju kurung, baru rm70. Ada yang kita hantar jahit manik (adehh...mahal le) dan ada yang kita cuba jahit bling bling sendiri (suka pulak). Kalau pegi SbgParade kita usha baju yang dijual disana. Tengok latest design, ada masa kita jahit le sendiri.

Oleh kerana suami kita ada 2 jenis jemputan. Satu dari bos2 dia and ada dari ex staffs dia yang masih muda, so kita kenalah jugak ada baju yang boleh dibawa ke majlis dia org ni. La ni, tengah berfikir baju nak pegi Birthday party di Mont Kiara minggu depan. Adehhh...kenalah cari blouse yang ok. Simple but up to date and tak put a hole in my pocket.




2 comments:

zan said...

shopping jgn tak shopping!! have fun :)

butterflutter said...

Tak shopping pun zan. Takde mood pulak