Hah...tu dia. Hari-hari minta tolong :-)
Semalam kita ada lah send email ke satu kumpulan ibubapa ni kan..kan...Ala macam you all tak tahu kumpulan yang mana.
Kita rasa pembaca setia blog kita ni lagi ada umphhh nasihat dan ideanya. So kita nak la minta idea untuk meningkatkan mutu bahasa melayu anak bujang kita sorang tu. Dia ada lah sikit masalah dengan BM ni. Kengkadang nak tergelak besar jugak bila baca ayat dia. Kalau soalan pemahaman tu dia jawab 'straight to the point' aje. Tak ada lah nak berlagu dan beriramanya. Vocabulary pun agak limited mostly perkataan yang selalu digunakan semasa perbualan. Contoh paling mudah:
Ayat dia: Awak duduk di mana?
Ayat yang betul: Awak tinggal di mana?
Kita bukan apa, kita dapat agak nanti dia ada masalah buat karangan. So kita nak lah tolong dia dari sekarang.
Kita akan mula dengan encourage dia baca buku in BM. Ada masalah sikit dengan pilihan buku. Kita ni bagi kebebasan dia nak baca buku jenis apa. So far kalau buku English tu dia paling suka Bi0nicles series tu. Yang lain tu lambat lah sikit nak khatam. Tapi kita nak la pujuk dia dengan buku-buku detektif ni sebab rasanya banyak pilihan dengan buku-buku seperti ni. Kita nak pujuk sebab untuk 'fancy dress' show pun dia akan berpakaian seperti 'secret agent', bolehlah tu.
Selain dari buku kita pun boleh juga beli komik seperti Asuh dalam versi BM. *take note
Ha...idea-idea yang selain dari tu lah yang kita perlukan. Kot-kotlah orang lain boleh berkongsi idea dengan kita. Yang penting kita perlukan idea yang menyeronokkan.
Btw kengkadang kita rasa kumpulan ibubapa tu sekarang kan..kan...macam dah tak menarik sangat. Iye ke? Or kita je yang rasa macam tu.Ntah.....

6 comments:
betul betul betul!
saya pun ada rasa kumpulan itu dah kurang ummmphhhnya. rasanya sebab member-member asalnya dah tak bersuara .. yela duduk pun kat negara orang. terasa tak elisa?
saya ada membaca email awak tapi saya tak sempat nak membalas. lagipula saya pun jarang sangat menghantar email ke situ. lagipun, saya rasa kumpulan tu dah macam sedikit terlalu "preachy" (apatah in melayu?).
saya berpendapat. kalau pun kita nak berdakwah, kena la berpada-pada. jangan sampai orang tawar hati.
saya sudah tawar hati. sebab itu saya banyak mem-blog kan hasil nukilan saya dah tidak menulis ke sana.
tapi kan, saya tidak nafikan. banyak topik2 yang sungguh baik disitu. saya bangga dengan pengasasnya tapi saya .. itulah!
Gart: Heh..heh..kita ada hantar 1 email sbb kita tak berkenan bila dah tulis pas tu letak pulak tak ditujukan kpd mana-mana individu. Eish..ada ke?
Tu lah now ni baca mana2 yang patut saja. Email yg bagus kita memang simpan utk rujukan.Dah ramai-ramai so mcm2 perangai.
One thing for sure kumpulan itu lah yg menemukan some of us...kan..kan...kan
errr saya dah LAMA tak baca email dari kumpulan itu. sebab dulu saya 'subscribed' (langgan??) guna email pejabat, tapi sejak menjawat jawatan suri@rumah ni, saya tidak mengambil inisiatif untuk mengemaskini alamat emel untuk 'subcription' (dammit! what is the correct word aye?) saya itu.
walaubagaimanapun, saya ingin beri cadangan sepatah dua kata :P cubalah perkenalkan buku cerita bersiri seperti adam kecil dan dunia sains aiman. saya mengesyorkan sofea baca untuk memperbaiki BM-nya. sayang sekali banyak buku-buku yang sesuai untuknya, watak utamanya semua lelaki :D tak jumpa lagi yang watak perempuan.
famy: I ada pegi homebase massage dekat dgn area my hse ni. That lady ada tulis buku yg relate to sains subject but I tak ingat siri apa.
I mmg pun nak introduce kat afiq. La ni yg english pun Bionicle je yg laku yang lain tak disentuh pun.
Apa lagi, nampak ada satu sumber pendapatan tu. Tulislah buku BM yg watak utamanya perempuan *wink..wink..
*adoi* (terasa)
Saya pun dah lama tak membaca atau menulis ke kumpulan itu, kerana.. err.. kenapa ya.. mungkin kerana saya rasa topik nya lebih kurang sama sahaja.. masalah rumahtangga, masalah halal/haram/babi, menghasut kebencian kepada kaum/agama lain.. err boring lah.
Tapi sampai sekarang saya masih ketawa mengingatkan makcik yang mencari pelapik lutut kerana anak nya sudah mula berkokok.. *tee hee*
(tak baik sungguh ketawakan orang, kan?)
Re; masalah puan,
Saya tiada nasihat yang membina, kerana anak saya mempunyai masalah yang sama (dan lagi teruk!) maka sebaliknya, izinkan lah saya mencedok idea dari sini ya... ?
Saya pun dah bosan juga dengan kumpulan tu. Dah tak macam dulu. Kekadang rasa macam ada bau bau racist sikit.
Bab bahan bacaan tu....saya pun ada masalah yang sama. Dan, cik abang tu tak berminat nak baca buku yang ada di pasaran. Jadi mak nya buat buku cerita sendiri pakai gambar gambar cik abang waktu bercuti,balik kampung dll. Sampai lunyai dia baca. Masalahnya, ibu misali nih dah kesuntukan masa nak mengarang (read : susah giler nak tulih dalam melayu)
Post a Comment